Hi evelibadi, hehe assalamualaikum. Semua sihat? Macam mana batch 97? Dah sedia untuk esok? Result keluar. Ahhhhh saya takut, taktahu esok mcm mana :-( Kawan kawan saya mcm mana lah dia orang kan, mesti dia orang happy dapat result bagus. Me? Hmm dunno! Rasa macam nak lari mana-mana je esok, sbb taknak ambil result. Takut sangat. Saya harap saya dan kawan-kawan saya akan dapat keputusan yg cemerlang dan dapat memberikan ibu ayah kami tersenyum :-) "Ya Allah tenangkan hati aku dan kawan-kawanku ya Allah. Kuatkan lah hati kami untuk menerima segala keputusan esok. Kau berikanlah kami keputusan yg terbaik pada 19 haribulan 12 tahun 2012 ini. Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah, setidak-tidaknya Kau berikanlah kami apa yg diingini dan mampu membuat kedua ibu bapa kami tersenyum dan janganlah Kau berikan kegagalan." AMIN AMIN YA ROBAL ALAMIN.
Kawan-kawan, harini hari terakhir kita menunggu keputusan. Esok lah harinya kan. Banyak-banyak lah berdoa supaya Allah tenangkan hati kita semasa ambil keputusan esok. Walau mcm mana pun keputusan yang korang terima nanti. Terima lah ia dengan hati yang ikhlas, mungkin kita tiada rezeki untuk berjaya lagi kali ni dan mungkin juga Allah nak uji kita lagi. Allah nak tengok kita belajar bersungguh-sungguh ke tidak lepasni kan.So kita kena redha dgn keputusan yang kita terima esok. Jangan disebabkan keputusan PMR yg tak dapat nak memuaskan hati kita, kita terus mengalah untuk belajar. Janji lah pada diri masing-masing, korang kena ingat SPM yang menentukan masa hadapan korang. And korang jangan ingat form4 korang honeymoon eaa. Masa form4 lah korang kena study betul-betul sbb semua tu masa form5 korang belajar. Macam kakak saya Fatin Izzaty ni, ingatkan form4 dia honeymoon tapi oh tidak. Banyaknya cikgu-cikgu dia bagi homework. Okay jangan mengalah untuk belajar :-)
Just because you fail once doesn't mean you are going to fail everything.
Keep trying, hold on and always, always, always believe in yourself.
Because if you don't, who will?
Terima kasih sudi baca post kali ni. Tenangkan hati, jangan fikir sangat tentang esok sbb nanti hati korang susah. Mula laa korang marah-marah. Then korang tak boleh fikir apa-apa and tiba-tiba korang akan jadi lemah. So, chill. Assalamualaikum.