Thursday, December 30, 2010

al-kisah ceritera sebermulaa ,
   buat tatapan korang yg membacaa ,
1 Amanah yg sangat popular ,
   popular dengan suasana bisingnyaa ...

kelas terletak kedua dari hujung sekali ,
   puan.GAN guru tingkatan kami ,
12 arjuna mewakili lelaki ,
   19 juwita adalah perempuan ...

SYAFIQ ketua , AININ penolongnyaa ,
   hari-hari sebok buat kerja ,
sifat tanggungjawab sentiasa ada ,
   sebab itulah cikgu melantik merekaa ...

AMIRA dilantik menjadi ceti ,
   kutip pitis setiap bulan ,
HAFIZUDIN pula ketua kebersihan kami ,
    setiap kata-kata mendatangi keharmonian ...

NURIN duduk di tepi sekali ,
   penjaga pintu belakang di kelas kami ,
gelaran 'toyol' untuk SAFUAN jiran cik ani ,
   gelaran 'ceplos' pula untuk HAFIZULHILMI ...

BARATHY dan KUMEETHA empunya diri ,
   wakil kaum India di kelas kami ,
YAZID orangnya tinggi sekali ,
   sekali bersuara manakutkan kami ...

JUE EE dan YEE VON satu bangsa ,
   bila berbual 'speaking' bahasa Cina ,
kami selalu tertanya-tanya ,
   apakah agaknya yg mereka cerita ...

berbeza ketinggian dan nama bapa ,
   hafizudin ARSYAT dan hafizudin YAHYA tidak kami lupa ,
MINAH , HAZIQA & HAWA lain pula ceritanya ,
   bila berjumpa , 'kepoh' topiknya ...

LUKMAN , JANTAN & SYAMI duduk belakang sekali ,
   paling bising di kelas kami ,
bila ditanya diam sekali ,
   mana taknya , masuk telinga kanan keluar telinga kiri ...

ke sana sini sentiasa bertiga ,
   NURUL , INTAN & AININ empunya nama ,
diaorang semua satu kepala ,
   bila berjumpa tak ingat dunia ...

HAWA , MINAH & HAZIQA ,
   quatermaster yg manis sekali ,
MIRALINA , ADILA & ATIQAH pula kawan kami ,
   bila ketawa 'cute' sekali ...

duduk diam jarang berbunyi ,
   kerja sekolah siap , itu belum tentu lagi ,
ADAM dan SYUKRI tuan punya diri ,
   HARITH dan AL-FAIZ tumpang 4 kaki ...

ANIS dan AMIRA diberi nama ,
   sungguh pandai , cantik orangnya ,
QYLA dan FAZIRA pula selalu berdua ,
   bila berjumpa huru-hara dunia ...

walaupun belajar asyik nak terlelap ,
    demi cita-cita tetap kami teruskan ,
kalau ada salah dan silap ,
   ampun dan maaf kami hulurkan ,

sekian sahaja cerita perangai kami ,
   dari kami , pelajar-pelajar 1 Amanah ,
harap kita berjumpa lagi ,
   tetapi di ruangan 2 Amanah ...


HAHA , gile jeh kan ? baydeway , i realy LOVE them ! swear ♥♥